Sunday, February 21, 2010

Resepi Kek Pelangi

bersemangat wat Kek aritu sorang2..
ditolong oleh Amer..tolong tengok ktnyer..huhu

k strek to d point..
meh cuba Kek Pelangi

Bahan2:

  • 250 gm mentega (leh guna Buttercup or Planta.. KAMI TUAN suke brand ni)
  • 225 gm gula ising (kl nak jimat leh blend gula sendiri)
  • 5 biji telur (aritu letak 6 sbb telur kecik gred C kot)
  • 225 gm tepung naik sendiri
  • pewarna (ikut kreativiti msg2)

Cara membuatnye:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Camner nak tau kembang?? Tgk hidung korang kembang tak..haha..gurau je... Bila dah tukar jadi warna putih tu means dah kembang la..
  2. Masukkan telur satu persatu (KAMI TUAN suka pukul telur dlm bekas asing supaya kek lagi naik... korang leh guna bekas lain utk pukul telur tersebut then masukkan telur yg dah kembang dipukul ke dalam acuan mentega + gula tadi). Pukul perlahan2.
  3. Masukkan 1 sudu kecil vanila (leh guna tudung botol vanila tu)
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau (kaup balik) hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (depends on how many colors u want..kl nak buat 3 color so bhg la adunan kpd 3..kl nak wat 7 color pelangi leh la bhg 7 tu pn kl korang larat nk cr pewarna la..hehe)

  6. leh guna mangkuk utk bhgikan adunan


  7. Sapu loyang dgn sedikit mentega (so dat kek x lekat kt loyang bila masak nnt)
  8. Masukkan bhgn adunan tadi ke dalam loyang. Larikkan dengan lidi atau garfu atau pe je utk hasilkan corak. Ikut kreativiti korang la nak wat corak batik ke, pelangi ke, marble ke, lukisan ke..haha


  9. campurkan bahagian adunan ke dlm loyang


    larikkan utk buat corak



  10. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah selama 45 min.


    tada..siap~~~



selamat mencuba~~~

nota KAMI: resepi asal oleh Majalah Saji (kami suke majalah saji nyer resepi)

0 Comments:

Post a Comment



Anda mungkin meminati