Sunday, February 21, 2010

Resepi Kek Coklat Lembap

Bahan2 Kek Coklat:

  • 190 gm mentega
  • 300 gm gula halus
  • 4 biji telur (kl telur kecik guna 5 biji)
  • 1/2 sudu besar vanila (atau 1 tudung botol vanila tu)
  • 210 gm tepung
  • 50 gm koko (leh gna brand Van Houten or cap ayam yg timbang pun boleh)
  • 1/4 sudu besar bikarbonat
  • 1 sudu besar serbuk penaik (baking powder)
  • 250 gm air

Cara membuat Kek Coklat:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang (dah jadi putih)
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi. (sy lbh suka pukul telur dlm bekas lain br masukkan ke dalam adunan)
  3. Masukkan tepung, koko, serbuk bikarbonat, serbuk penaik yang telah diayak ke dalam adunan.



  4. Masukkan air selang seli dgn bhn yang telah diayak td. Kacau sebati.


  5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar dgn suhu 180 darjah dlm masa 60 min.

Tips: utk pastikan kek dah masak (ape2 jenis kek pun).. cube tikam (xtau istilah yg lbh seswai) kek dgn lidi..jika kek x melekat pada lidi means kek dah masak..


see the big lobang2.. sebab tikam guna chopstick..xjupo lidi..LOL

nota KAMI: resepi asal dr majalah Saji

0 Comments:

Post a Comment



Anda mungkin meminati